Gong Xi Fa Cai

03:05
Selamat Bercuti sempena Tahun Baru Cina 2016.

"Gong Xi Fa Cai" to my Chinese friends.

May you & family stay healthy and happy forever. And getting richer and richer. (",).



Teringat semasa zaman sekolah dahulu, jika tahun baru cina saja, saya dan beberapa rakan lain sibuk mahu beraya juga. Beraya kerumah rakan cina saya. Saya sukakan suasana yang harmoni ini, kami tidak berkira apa bangsa sekalipun selalu sahaja "happy" bila berkawan-kawan. Tidak pernah timbul isu dia cina ke dia India ke. Salah seorang sahabat baik saya semasa di sekolah adalah seorang yang berbangsa India. Kami sangat rapat bermula dari sekolah rendah. Saya kagum dengan beliau, bukan sahaja manis orangnya, berbudi bahasa, baik hati, malah bergeliga juga otaknya. Yang paling mengkagumkan beliau pandai 4 bahasa dengan fasih, fasih menulis dan fasih bercakap. 

Saya terinspirasi dengan beliau sehinggakan saya sendiri bersusah payah juga hendak pandai berbahasa lebih dari satu. Beliau sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu (sudah tentu), Tamil (bahasa ibunda), bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris. Saya sangat-sangat suka apabila mendengar beliau berbual dengan rakan cina yang lain dalam bahasa mandarin. Macam air. Jeles. Bukan jeles apa, jeles dengan kepandaian dan kefasihan beliau. Tetiba saya sangat rindukan beliau, Yen, nama panggilan saya untuk dia. Banyak kenangan terindah bersama beliau ketika dibangku sekolah, saya membesar bersama dia. Tersenyum sendiri bila mengingatkan saat -saat dahulu. Apabila ada masa terluang, saya tulis entri untuk tatapan anda, bagaimana tips bersahabat dengan baik, tidak kira berkawan dengan bangsa apa sekalipun.
Cerita pasal raya cina, saya dan rakan melayu beraya kerumah rakan berbangsa cina tanpa terlalu merisaukan sangat tentang perkara-perkara sensitif. Kenapa? Kerana mereka sangat prihatin dan sentiasa mempertimbangkan isu halal haram kami. Bayangkan, semasa berhari raya itu rakan kami yang berbangsa Cina ini berkata, "Raihana, jangan risau ini cawan bersih tau, baru punya boleh minum, jangan risau, haa kuih ini halal tau, boleh makan. Atau awak nak air kotak?", Saya sangat menghargai mereka, mereka sudah tahu dari kecil lagi tentang isu pemakanan halal dan haram, betapa prihatinnya mereka. Hidupkan perlu harmoni.
Apapun kawan-kawan, selamat bercuti. Tahun ni saya tak dapat beraya kerumah mereka lagi kerana diluar kawasan. Happy Chinese New Year untuk rakan berbangsa Cina.

Kredit : Bing/images

No comments:

Powered by Blogger.