KASIH YANG TIDAK MUNGKIN DILUPA, SAYANG YANG TIDAK MUNGKIN DILUPUS


Esok akan anda kokurikulum Tunas Puteri, skirt uniform cekelat ni belum gosok lagi, berlipat-lipat skirt ini, cerewet juga nak menggosoknya, jika tidak digosok seperti bukan ahli tunas puteri pulak. Kan tunas puteri suka menolong orang, rajin, bla, bla, bla. Saya lihat, insan hebat ini, mengambil kain skirt tadi dan mengosoknya. Saya tersenyum lega, dia juga tersenyum.

Tidak pernah jemu menghantar dan mengambil saya ketika bersekolah, insan hebat ini di dalam kesibukan tugasannya dia masih punya waktu untuk tujuan itu.

Setiap malam, akan dipastikan diri saya dan adik-adik tidak digigit nyamuk, dia sanggup memasang kelambu saban malam supaya kami tidak terhidu bau ubat nyamuk yang menusuk hidung itu. Insan hebat ini akan pastikan, kelambu ditutup kemas supaya tiada ruang si nyamuk menerjah masuk walaupun kadang-kadang saya terasa panas di dalamnya. Diselak sedikit bukaan masuk kelambu, ditutup kembali oleh insan hebat ini.

“Baca apa mula-mula jika nak jawab periksa nanti?”, dia mengajarkan, “baca bismillah dan selawat banyak-banyak”. Masih saya putar-putarkan di dalam memori ingatan, bak kaset yang dipasang pada radio, zaman dulu ada kaset untuk radio, sekarang sekian dimaklumkan download aje lagu yang mahu didengar, atau download spotify, itune dan sebagainya.  Kata-kata semangat insan hebat ini telah saya jadikan azimat sehingga saya mengaji di Sintok.  Setiap kali memasuki dewan peperiksaan, kuiz, hantar assignment, jumpa pensyarah, mentera inilah saya kumat kamitkan sehingga ia menjadi ritual disaat saya menghadapi sebarang pertemuan bersama orang-orang tertentu, perbentangan, dan segala aktiviti lah boleh dikatakan.  Semoga azimat ini menjadi saham akhirat yang tidak terhenti buat dirinya selagi saya masih bernafas.

Nanti kita nak beli TV color ke? Yeah!! Bestnya, sorakan keterujaan mendapat TV baru yang berwarna-warni menjadi kenyataan, sekianlah jawabnya saya menonton cerita katun setiap petang.  Adik-adik pun tumpang sekaki, bermulalah episod drama cina setiap petang, sehingga pergi ke kelas agama menjadi lambat, asalkan dapat tengok tv.

“Ada benda nak bagi tahu ni”, semua terdiam sekejap, “laptop hilang “, sambung saya...sadis betul rasanya masa itu, walaupun saya hanya memberitahu melalui telefon duit syiling, saya rasa sangat bersalah, saya tidak dapat membayangkan betapa susah payahnya insan hebat ini berusaha mencari segenggam wang untuk membelikan laptop untuk diri saya. Sungguh pun begitu, dia tidak pernah marah, sekembali saya ke kolej kediaman kali ini, dia belikan desktop, letak dalam bilik tak ada lagi nak hilang-hilang.

Dialah insan yang memberi keyakinan untuk teruskan kehidupan walau orang memandang hina dan melemparkan kata nista tika itu, setiap pertemuan di malam hari, dia sentiasa mempamerkan wajah ceria dan bersahaja untuk memberikan suntikan harapan supaya saya tidak rebah menyembah bumi.

Jika mahu dicoretkan, terlalu banyak kenangan manis bersama dengannya sehingga saat ini. Dia mengajarkan erti ketabahan, kesabaran, keyakinan, kesyukuran, keharmonian, kasih sayang, makna kehidupan di dalam meneruskan perjuangan dan cita-cita.

Itulah abah! Abah saya.  Prof. Dr. Hj. Ali Bin Talib, dialah salah satu sumber inspirasi kehidupan saya. Manakala sumber inspirasi agung kehidupan saya, yang nombor first sekali adalah Rasulullah. Rasullullah, contoh bapa terbaik dunia.

Abah's love.

Saya nak dedikasikan lagu ini untuk abah saya. Silalah layan lagu ni versi tiada suara ye.

Because You Loved Me – Celline Dion

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I’ll be forever thankful baby
You’re the one who held me up
Never let me fall
You’re the one saw me through through it all
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith coz you believed I’m everything I am because you loved me
You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith; you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love and I had it all
I am grateful for each day you gave me
Maybe I don’t know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you
--
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith coz you believed I’m everything I am because you loved me
--
Chorus:
You were always there for me
The tender wind that carried me
The light in the dark shining your love into my life
You’ve been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you
--
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith coz you believed I’m everything I am because you loved me
-          2x

Saya pasti diluar sana memiliki kenangan seeewiit dengan ayahanda tercintakan? Cerita-cerita anda pastinya lebih bertahktakan intan permata dan sangaaat indah dikenang-kenangkan. Sebenarnya ada kisah suka dan duka untuk setiap kenangan, yang pasti bagi saya ia adalah rentetan kehidupan yang wajib kita tempuhi.

Saya ibaratkan abah HERO, tidak akan terbalas jasanya, jerih payahnya, sabarnya, tabahnya, cekalnya dia membesarkan saya dan adik-adik. Saya bangga usahanya di dalam memartabatkan Homeopathy sebagai salah satu alternatif rawatan di Malaysia.

Saya tahu “passion” abah adalah merawat pesakit. Tidak kira pesakit itu kawannya atau lawannya. Tidak kira pesakit itu keluarganya atau orang luar. Tidak kira pesakit itu susah atau senang. Dia tetap merawatnya dengan sepenuh jiwa dan raganya menggunakan ilmu, kemahiran dan kepakarannya di dalam bidang perubatan khususnya Homeopathy.

Saya bangga dirawat secara holistik melalui rawatan Homeopathy untuk setiap penyakit yang dihidapi tidak kiralah dari seringan-ringan penyakit sehingga seberat-berat penyakit. Saya lebih percaya dan yakin mengambil ubat Homeopathy, waimah, demam biasa dan selsema ringan. Lain orang, lain penerimaannya. Jika saya diberi pilihan panadol dengan ubat Homeopathy, ofkos, I akan pilih Homeopathy lah. Tetapi bagi mereka yang meraguinya, tidak mengapa , ini adalah pilihan masing-masing yang perlu kita hormati dan raikan perbezaan pendapat.

Ahaaa, itu baru intro, pasal Homeopathy tu, belum habis cerita lagi ini. InsyaAllah dilain entri saya akan war-warkan kehebatan tokoh Homeopathy Malaysia ini.

Anyway, yesterday was my father’s birthday 21st March 2018. He is 63 years old this year. Ini doa saya untuk dia,


Ya Allah, ya Rabb, ya Allah, ya Ghafurrur Rahim,

Kurniakanlah keampunan di atas segala dosa abahku daripada dahulu sehingga akhir hayatnya.
Masukkanlah dia ke dalam syurga firdausMu sebagai penduduknya, jauhkan abahku dari seksa kubur dan azab api neraka.

Ya Allah, ya Razzaq, ya Ghaniyyu Mughniyyu

Anuegerahkan abahku kehidupan yang tenang dan bahagia disepanjang hayatnya
Anugerahkan dia, kekayaan dan kemewahan hidup di dunia dan akhirat
Kurniakanlah dia kebaikan di dunia dan akhirat
Kurniakanlah dia, kesihatan yang baik disepanjang kehidupannya dan hadirkanlah rasa bersyukur dan sentiasa mengingatiMu di dalam hatinya.

Ya Allah, ya Wahab,

Kurniakanlah dia kefahaman agama yang faqih
Anugerahkan hidayahMu supaya dia dapat merencanakan kehidupan sehari-hari dalam redhaMu.
Anugerahkanlah rezeki berdamping dengan orang-orang soleh, baik, dan positif di dalam kehidupannya.

Ya Allah, ya Rahman Rahim,

Sungguh tidak terbalas jasanya oleh daku,
Sungguh diriMu sahaja ya Allah, mampu menganugerahkan segala terbaik untuk mama &  abahku,
Ku bermohon padaMu, jadikanlah segala amal solehku sebagai asbab abah & mama juga memperolehi pahala dari sisiMu.
Jadikan setiap huruf bacaan Al Quranku, menjadi gandaan pahala buat mama & abahku.
Rezekikan daku menghadiahkan mahkota kebesaran kepada mama & abah di negeri akhirat nanti.

Amin.

Hazza Min Fadli Rabbi. Alhamdulillah.Astaghfirullah.


Noor Raihana Ali
Noodle Maker | Homeopathy Taker | Cat Lover | Wishing for Heaven ever


No comments:

Powered by Blogger.