8 TIP KASIH SEHINGGA KE HUJUNG NYAWA, CINTA SEHINGGA KE ANJUNG BAHAGIA, UNTUK MAMA


Saya ke pasar malam pada hari Rabu yang sudah, memang setiap minggu pasar malam akan di adakan di Cheras Perdana. Ada yang istimewanya di situ, nasi ayam penyet versi indonesia dan sup simple. Saya dan suami sehati sejiwa sukakan juadah simple ini. Maksudnya, tidak perlu masak lah petang itu. Kebiasaannya suami yang akan membeli dan bawa pulang, tetapi kali ini saya dan suami makan di kedai sup, pasar malam Cheras Perdana.

Tambahan pula air sirapnya FREE, hendak dituang beberapa kali tokey sup senyum sahaja. Yang penting order sup dengannya, saya memilih mihun sup daging dan suami pula, mee sup daging. Berasap kepala dan percikan peluh sudah mahu berjurai-jurai jatuh dari anak tudung, tapi dengan hirupan sup dan daging yang empuk-empuk belaka, membuatkan hilang erti kepanasan seketika. Apabila, pedas dek sambal ijonya, berteguk-teguk air sirap saya minum. Suami masih cool makan tanpa minum air sirap sejuk, mungkin lidahnya kalis pedas.

Sambil makan, mata menjamu selera juga dengan melihat gelagat pembeli-pembeli pasar malam dan penjual-penjualnya. MasyaAllah, rezeki Allah Maha Luas dan Kaya, cuma perlukan usaha yang sungguh-sungguh baru tercapai impiannya. Rata-rata mencari rezeki yang halal dengan berjual dan mengharapkan ihsan pembeli untuk membeli di dalam keadaan masing-masing sedang berjimat.

Sorotan mata tiba-tiba tertumpu kepada seorang perempuan yang sudah lanjut usianya, sedang berjual kuih. Suami kata, "ni ambil beli kuih makcik tu ye". Saya dan suami selalu beli kuih dengan makcik ini, trademark kuih dia adalah kuih pulut ada manisan kelapa. Sedap. Saya akan beli dengan banyak RM 4 ke RM6 kadang-kadang saya akan membeli lebih dari RM10 supaya ianya menjadi motivasi buat dirinya. Dalam hati, sentiasa berdetik, makcik ini yang dari Kg. Sg, Serai, datangnya bersusah payah mengendong beg guni berisi kuih muih. Ada kalanya mungkin datangnya dengan bas ke pasar malam Cheras Perdana, dan mungkin ada yang sudi menumpangkannya, meniaga di tepian meja penjual lain, hati saya menangis, Ya Allah kurniakanlah kehidupan yang selesa buatnya. Wanita lanjut usia ini, di usia sebegini masih tabah dan cekal meneruskan kehidupan, takkan lah aku yang masih sihat ini tidak mampu buat lebih baik darinya. AllahuAkbar.

Kecekalan dan ketabahannya membuatkan saya teringat akan cerita-cerita mama, di zaman keremajaan yang penuh liku kehidupan. Alhamdulillah, sekarang, saya kira kehidupannya sudah selesa, pencen guru. Beruntungnya dirinya menjadi guru, setiap ilmu yang dicurahkan kepada anak muridnya pasti menjadi amal jariahnya, dia sudah ada pencen kubur yang selesa.

Saya tahu mama saya seorang yang "adventure", dan tahan lasak sebab dia aktif sukan, mungkin kerana itu dia seorang yang berjiwa kental.

Semua orang akan menyayangi ibu mereka sepenuh jiwa, begitu juga saya. Walaupun sudah besar panjang, saya masih mahukan belaian mama saya. Pegangan tangannya yang sentiasa erat, pelukan sayangnya yang sentiasa kukuh ibarat ikatan simpulan hati bertaut tanpa boleh dileraikan.

Saya mahu disayangi kerana diri saya, bukan kerana harta, pangkat dan wang ringgit. Iya, benar kasih mama sungguh mulia. Maka dengan itu, Allah menyuruh kita hormat gila-gila dengan ibu ini, selepas suami untuk mereka yang dah berumahtangga.

Saya pernah sakit gigi yang melampau, mamalah ubat penenangnya. Saya pernah kecurian laptop, mamalah peguam bela yang prihatin. Pelbagai posisi istimewa mama dalam kehidupan saya.

Saya tahu mama mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anaknya. Mama tidak pernah mengeluh dengan segala ujian dan cabaran buatnya. Dia tempuh dan tempur dengan berani.

Sungguh, kehadiran dimuka bumi Allah ini, sebagai seorang insan keramat dalam hidup saya, menyebabkan kita sebagai anak  perlu berhati-hati di dalam setiap percakapan dan perbuatan, supaya tidak melukakan hatinya.

Hari ini adalah hari lahir mama saya yang ke 63. Allah masih rezekikan saya peluk cium dia, mendengar suaranya, dan saya sangat bersyukur dengan nikmat ini.

"Mama, Selamat Hari Jadi". ungkapan saya pagi ini padanya. Saya mohon maaf diatas segala kesalahan saya padanya. Dia berkata "Dah bacakan mama Al Fatihah?", saya jawab ringkas, "dah pagi tadi".

Jawabnya juga ringkas, "Bagus".

Saya pula senyum sampai ketelinga. Impian mama tidak mahu adakan apa-apa untuk hari jadinya, itu yang dia nyatakan, dia cuma mahu sedeqahkannya Al Fatihah setiap pagi buat dirinya sudah memadai.

Mungkin disebaliknya, dia mahu ajarkan anaknya supaya biasa dengan rutin ini sampai bila-bila.

Sebenarnya, kasih sayang mama, tidak pernah lapuk dek hujan, lekang dek panas. Jasa dan pengorbanannya, tidak cukup tinta ingin dicoretkan disini. SubhanaAllah ! Terrrrrlaaaluuuu banyakkkkkkkkkkk. It is speechless.

Tips berbual dengan ibu:

Kadang-kadang kita tidak pasti ingin berbual apa dengan ibu, selain bertanya khabarnya cubalah idea berikut:

Bayangkan macam, ibu sedang duduk kat kerusi, kita pulak duduk bersimpuh dibawahnya, mendongak untuk berbual-bual dengannya. Sudah pasti kita tidak mampu meninggikan suara, sebab berada diposisi bawahnya. Tunduk apabila ibu sedang memberi nasihat.


Mintalah ibu cerita pasal zaman dahulu yang menjadi motivasinya untuk terus kuat, tabah dan cekal menghadapi ujian hidup. Supaya ini hikayatnya menjadi sematan di dada kita.

Contohnya ;

Anak : "Mak, masa mak kecik-kecik ada noreh getahkan, kalau nak try toreh pisau menoreh boleh ?"

Mak : "Iya, zaman dulu macam tulah nak hidup, jual getah skrap. Aku bangun pukul 3, pukul 4 dah ada kat kebun getah ngan ayah. Dulu tak sama macam sekarang, naik moto boleh pergi. Dulu mana ada motor. Jalan kaki je ngan ayah kau. Selit ubat nyamuk kat tepi ni ha.. Subuh, semayang kat kebun, pastu sambung noreh. Aku bawak bekal, nasi semalam, ikan kering ngan sambal belacan. Air masak sebotol besar"

Mak : "Aku rasa ko pisau dapur ngan pisau menoreh pun tak boleh beza. Zaman dah berubah, sekarang dah senang sikit, aku bersyukur Allah bagi rezeki sehingga dapat besarkan kau adik beradik"

Mak : "Sekarang mak nak fokus untuk akhirat je. Ayah ko pun dah jadi tok siak"

Anak : angguk-angguk sambil sengeh-sengeh.

Anda fikirkan, ibarat kita anak burung yang kelaparan. Ibu burung menyuapkan makanan ke dalam mulut anaknya. Anak burung tak mampu berbuat apa-apa, tidak boleh terbang sendiri, tidak boleh bergerak, duduk di tempat tinggi, jauh dari sumber makanan. Si ibu yang mencari makanan dan memberi kan kepada anak-anaknya.

Ceritalah dengannya, pengalaman hidup anda yang membuatkan kita selalu teringat kepada ibu.

Contohnya,

Anak : "Mama, ada seorang pesakit ini, dia macam mama gaya dia. Suka akak tengok dia, dia pakai tudung labuh macam mama juga, jalannya, cara dia bercakap, dia pun ada ramai anak. Dia rajin macam mama jugak, dia ada bisnes tadika, ada 3 buah tadika. Laju dan cepat macam mama."

Mama : "Ye ke, terrernya dia buat bisnes. Alhamdulillah, nanti kirim salam ngan dia eh. Dia ada anak lelaki bujang yang baya piqah?"

Anak : "Err..hari tu ada jumpa, pernah tanya ngan anak dia, tengah buat apa? belajar kat mana? anak ke berapa? Dah ada girlfriend?"
(sambil senyum-senyum)

Lihatlah ibu kucing, sanggup memakan najis anak kucingnya dimakan, air kencingnya dijilat, supaya anaknya bersih dan sihat. Mengawasi anaknya sentiasa agar dia selamat dari bahaya. Jika ibu manusia, jika najis itu halal dimakan pasti dia mahu lakukan jua demi keselesaan anaknya. Ibu kita sentiasa mahukan anaknya membesar dengan sihat sejahtera. Seekor nyamuk pun kalau boleh jangan berani menyentuh anaknya, lihat betapa tingginya nilai sayang seorang bergelar ibu.

Mana mungkin peluk dan cium ibu dilupakan ibu itu sendiri kepada anaknya.  Saya menyeru, kita peluklah ibu kita seerat yang mungkin dan bisikkan padanya yang kita sayang padanya.

Contohnya:

Semasa mahu balik ke rumah selepas menziarahi ibu dikampung, peluk dan cium ibu.

Anak : "Umi, Ira sayang umi, i love u umi"

Umi : "Umi pun sama"

 Kadang-kadang kita sudah terbiasa berbual dengan ibu dengan suara yang agak kuat, kita ingatkan sudah biasa nada sebegitu, cuba perhatikan anak kucing memanggil ibunya. Pelajarilah sesuatu dari mereka.







Sentiasa tanyakan kesihatannya selalu. Jika ada ternampak ibu terincut-incut, tanyakan kakinya.

Supaya kita menjadi peka dengan kesihatannya, untuk membuat persediaan sewajarnya, seperti carikan ubat, sediakan makan minumnya yang sesuai dengan keadaannya.

Contohnya,

Anak : "Mak, macam mana dengan kaki mak hari tu? Masih sakit nak berjalan? boleh jalan dengan selesa?"

Mak : "Alah sikit je ni, biasalah kalau duduk lama, mula-mula nak bangun tu terasa dia punya kebas-kebas. Lepas dah jalan ok, macam biasa."

Tanyalah tentang pokok bunganya, periuk belanganya, sebarang kesukaannya sebagai topik perbualan yang ringan-ringan.

Bukan apa, kita kadang-kadang asyik terfikir sahaja barang apa yang menjadi kegilaan kita, ibu kita, kita tak tahu dia suka apa. Sekurang-kurangnya, jika ibu suka menanam pokok bunga orkid, bolehlah belikan untuknya baja orkid masa ada MAHA.

Contohnya,

Anak : " Pokok orkid ibu sihat? Dah berbunga belum?"

Ibu : "Sihat. Dah berbunga dah sejak dua hari lepas. Cuaca ok sangat, tu yang dia berbunga banyak rasanya kali ni. Senang hati aku tengok bunga ni."

Anak : "Ibu pakai baja apa untuk orkid tu?"

Ibu : "Baja taik kambing. Taik ayam panas, ada yang melepuh orkid aku"

Anak : "ooo, ok letak baja organik ok tak? kena letak sabut ke?"

Ibu : "Kamu ni banyak tanya kenapa? nak mak semaikan pokok orkid untuk kamu?"

Anak : "Taklah ibu, saje je, ibu kan kesukaannya orkid, Amy ingat nak belikan baja untuk ibu. Tapi tak tahu baja apa. Tak apa ibu, orkid ibu kan ada."

Berbual berkenaan dengan sanak saudara dan sepupu sepapat ibu kamu. Ini untuk kita riki, ibu kita ini rapat dengan siapa, suka berjumpa siapa, saudara yang mana satu ibu selalu melawat.

Jika tidak silap saya, saya pernah terdengar di satu ceramah agama, ada orang bertanya dengan ustaz berkenaan bagaimana ingin berbakti kepada ibunya setelah dia tiada lagi di muka bumi.

Ustaz itu menjawab, berbaik-baiklah dengan orang yang baik dengan ibu bapamu.

Bab yang ini, jika kita tak kenal maka tak tahu dengan siapa ibu dan bapa kita berkawan baik, baik kawannya, adik beradiknya, sanak saudaranya. Jadi mulakan misi pencarian sahabat karib ibu anda.

Patutlah, hari itu, seorang kawan saya, telah menjemput sahabat baik arwah ibunya datang ke majlis kenduri tahlil arwah ibunya. Kawan saya siap memperkenalkan lagi, "ini kawan baik mak ni".

Sambil kagum dalam hati memikirkan kawan saya ini, dia sudah lama mengamalkan ilmu mencari orang paling rapat dengan ibunya.

Berceritalah dengan ibu perkara-perkara berkaitan kebaikan, lebih-lebih lagi berkenaan negeri abadi. Apabila bercerita syurga dan neraka, kita perlu ingat sangat-sangat jangan menyinggung hati tentang dirinya jika ada melakukan kesalahan. Pilih satu topik, contoh buah-buahan syurga. Dalam syurga ada buah pisang, zaitun, anggur dan lain-lain lagi. Ceritalah pasal sungai di syurga, ceritalah pasal taman-taman di syurga. Ceritalah berkenaan kain-kain sutera di syurga. Cerita lah berkenaan intan permata, mutiara di syurga.

Dengan harapan kita berdua dapat masuk syurga bersama. Ini kerana apabila disyurga akan ada waktunya kita disyurga akan berbual-bual berkenaan perbualan kita di dunia. Kita akan bertanyakan dengan pasangan berbual kita adakah kita masih ingat kita pernah bercerita tentang syurga di dunia? Aduhai indahnya waktu itu.

Jika berbual berkaitan neraka, ingatkan diri kita, bukan ingatkan diri ibu kita sebagai adabnya supaya dia tidak tersinggung.

Contohnya:

Anak : "Ya Allah, sedapnya buah rambutan ni. manis dan longkah. Pastu boleh petik-petik gitu je dari pokok terus. Macam kat syurga"

Lihatlah sekeliling, amati persekitaran kita dan membaca cerita-cerita positif mampu menyuntik idea untuk anda menjadi satu rentetan perbualan mesra dengan ibu tercinta kita.

Mendengar audio-audio yang positif, bermanfaat dan berilmu juga mampu memberikan alternatif halwa telinga yang boleh kita terjemahkan bersama ibu dikala santai dianjung rumah.

Semakin meningkat dewasa, seperti semakin singkat waktu untuk bersama mama, bermakna terbatas waktu berbual bersama-samanya kadang terasa begitu pilu disudut hati saya.

Saya tidak mahu lupakan segala kenangan indah dan manis walau sesaat detik bersama dirinya. Walau tiada apa yang mahu dibualkan, dengan melihat mukanya sahaja, hati terus merasai sayu dan sayang bercampur baur.

Wahai Allah, 
Tuhan Sekelian Alam.
Ampuni dosa mamaku, 
Aku sayang akan dirinya,
Sangat sayang kerna dia bagai penyambung nyawaku
Kurniakanlah mamaku dengan rahmat dan kasih sayangMu

Wahai Allah, 
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sayangi mama ku dan pelihara dirinya sebaik-baik pemeliharaanMu
Redha akan mamaku disepanjang hayatnya di dunia dan akhirat
Kasihi mamaku dan permudahkan segala urusannya didunia mahupun akhirat

Ya Allah
Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki
Kurniakanlah limpahan harta yang berkat buat mamaku
Cukupkan kehidupan mamaku dengan pemberianMu
Hadirkan kesyukuran yang tidak pernah putus dalam hati mamaku
Kurniakanlah kefahaman agama yang benar buat mamaku
Mudahkanlah urusan ibadah mamaku untuk diriMu

Ya Allah,
Tuhan yang Maha Berkuasa
Mama sangat berjasa untuk memberikan yang terbaik buat anak-anaknya
Maka Ya Allah Yang Maha Baik.
Aku pohon
Kurniakanlah segala kemudahan, keindahan, kebaikan, kemanisan 
untuk diri Mama 
di dunia dan akhirat.
Anugerahkanlah syurga firdaus buat mamaku.

Ya Allah, 
Makbulkanlah doa permintan diriku
Ampuni dosa-dosaku.

Amin.



Noor Raihana.

No comments:

Powered by Blogger.