19 TIP MUDAH MENGHARGAI KAWAN WANITA SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA.

Alhamdulillah. Saya dilahirkan sebagai seorang wanita. Bersyukur setiap kurniaan tuhan kepada diri sendiri adalah salah satu cara kita menghargai diri kita sendiri. Usah fikirkan jauh-jauh untuk orang hargai diri kita, cukup kita mulakan dengan diri sendiri.

It's World Women Day.




Tersenyum, rakan wassap menghadiahkan ucapan gembira sempena Hari Wanita hari ini kepada saya. Dia juga seorang wanita. Wanita yang banyak tugasannya, ibu, isteri, anak perempuan, dan rakan kuliah.

Hari ini saya tidak membuat kajian dan membaca mana-mana buku atau majalah untuk bercerita pasal hari wanita. Saya ingin berkongsi rasa dan fikiran dengan anda tentang betapa bertuahnya menjadi wanita. Sebenarnya adil, Allah jadikan wanita dan lelaki, sama berat tanggungjawabnya, sama hebat kewibawaannya. Cuma yang membezakan kita disisiNya, takwa.

Pernah terlintas satu ketika saya membaca kajian mengatakan bahawa ada diskriminasi kerjaya untuk wanita. Lelaki lebih cenderung dipilih untuk diambil bekerja berbanding wanita. Betulkah persepsi ini? Mungkin pada zaman ini, perlu dibuat kajian semula, kerana dunia sentiasa meniti perubahan sehingga kiamat menjelang. Bagi saya penciptaan wanita di muka bumi adalah sebaik-baik penciptaan dan anugerah. Wanita ramai yang berbakat, ramai yang berkaliber dan berpengetahuan tinggi di dalam melebarkan sayap masing-masing di dalam kerjaya pilihan mereka.

Kita saling memerlukan, wanita berjaya perlu sokongan sang perwira, manakala sang perwira berada dimercu kejayaan adalah dorongan sang ratu. Saling melengkapi, saling hormat menghormati, saling membantu sudah pasti keduanya menjadi berjaya.

Macam senang cakap je, perlaksanaan perlu mental yang kuat juga ni! Iron ladylah katakan.

Perasaan dihargai oleh suami, sahabat baik, anak-anak adalah satu sensitiviti seorang wanita. Wanita boleh rasa orang itu menghargai dirinya hanya dengan melihat matanya sahaja. Tak percaya, haaaa cuba ni. Bila kita dapat hadiah dari seseorang, cuba lihat mata si pemberi hadiah, pandang tepat padanya ketika dia memberikan hadiah tu pada kita. Amacam, bergetar tak jiwa? Apa yang dapat dipandang adalah keihklasan dari anak matanya, itu yang menjadikan diri kita rasa sebak, indah, best dapat hadiah dari dia.

Cara untuk wanita dihargai bukanlah semata-mata dengan pemberian hadiah, banyak lagi tau caranya. Ini saya nak kongsikan tip-tip mudah kita nak menghargai rakan wanita kita yang lain.

1. Bercakap dengan sopan dan lembut dengannya.

2. Berbual perkara yang tidak menyentuh hal peribadi yang sensitif

3. Membantu atau memudahkan tugasan yang banyak dipejabat jika dia benarkan.

4. Belanja minuman atau makanan kegemarannya

5. Kenali kaum keluarga dengan tidak terlalu mod menyiasat terutama anaknya (jika ada)

6. Apabila orang lain bergosip pasal dirinya, hindarkan terlibat dalam geng gosip tu. Cakap dengan kumpulan gosip tu, "Eh, alamak, nak gi toilet dululah. Nak ter...., nanti jumpa kat ofis ye."

7. Tidak sebarkan aibnya, gambarnya, hasil kerjanya tanpa kebenaran dirinya. Jaga privasi dia.

8. Jika bercerita dengannya, banyakkan cerita tentang macam mana nak maju, macam mana nak tanam pokok cili, macam mana nak buat asam pedas, macam mana nak elak rumah ada lipas, bla,bla,bla....Jangan kita pun sama tumpang cerita pasal orang lain dengannya. Lagi "high class", cerita pasal syurga, neraka, hidup, mati, tips nak solat kusyuk....boleh?

9. Jika ada orang minta no telefon, alamat, atau maklumat peribadi jangan dedahkan, mintalah orang bertanya itu, bertanya sendiri dengan empunya diri, lebih afdal gitu.

10. Guna barang yang dia hadiahkan kepada kita supaya dia mendapat pahala secara tidak langsung dari penggunaan barang tersebut. Contohnya, dia hadiahkan tudung, pakailah tudung itu dan biar dia nampak kita sedang menggunakan sepenuh hati hadiahnya.

11. LIKES entri facebook, instagram dan twitternya untuk perkara yang positif sahaja. DIAM dan JANGAN like untuk entri yang negatif di dalam mana-mana media sosialnya.

12. Wassap, Telegram, Skype, Teamviewer apabila dia bercuti panjang dan doakan cutinya dipermudahkan dan selamat kembali untuk berjumpa lagi.

13. Pinjamkan telinga dan diam. Maksudnya, jika dia ingin meluahkan perasaan sedih, tertekan, haru biru, marah, dengarkan dengan penuh minat dan jangan berkata apa-apa kecuali jika dia mahu kita berikan buah fikiran. Akhirnya suruh dia istighfar dan relax. Diri kita pun perlu chill out! Jangan sama-sama naik. (",).

14. Share link² yang bermanfaat dan kelakar yang positif kepada wassap, telegram, untuk dia lihat, tenang-tenangkan fikiran.

15. Jika dia ada bisnes, belilah darinya dan cerita-ceritakanlah bisnesnya dengan kawan-kawan kita yang lain, keluarga kita. Jika tidak beli, war-warkan bisnesnya sekali sekala di fb kita. Rezekikan Allah dah tentukan jangan risau, untuk kita yang berbisnes juga.

16. Ucap selamat untuk hari jadinya. Ucapan ikhlas lebih terkesan di dalam sanubarinya. Hadiah kecil sudah memadai untuk dirinya. Sebab tahun depan kena beli hadiah lagi.hehehehe. Hadiah terpulang, lagi bagus hadiah yang boleh digunakan sepanjang hayatnya.

17. Bagi buah-buahan. Jeruk asam boi, buah potong atau sebagainya. Jika beli banyak, satu tu ambil dan letak "purposely" di atas mejanya, tanda kita ingat padanya. Ini bukan ilmu bodek ye, ini ilmu pengasih namanya. Ini khas untuk wanita, bukan hubungan terlarang, harap maklum.  Jika dapat buah "deghian" (durian), yang Musang King, D10, tembaga, emas dan seangkatan dengannya, Ya Allah! bestnya. Dikaulah sahabat sejati dunia akhiratku. (",)
Pemberian buah, simbolik keharmonian. Ingat cerita Rasullullah makan buah oren sampai habis seorang diri padahal sahabat-sahabat nabi ada kat sebelah?

18. Sentiasalah senyum padanya.

19. Jagalah niat. Niat apa kita berbuat perkara di atas yang saya senaraikan tu? Jika untuk Allah pandang kita buat semata-mata untuk dapat redhaNya, lakukanlah. Jika tidak, rentikanlah.


Tip-tip ini saya pernah lakukan untuk rakan wanita saya dan ianya efektif. Kita rasa seronok jeeee berkawan dengannya. Kita hidup di dunia tidak tahu sampai bila, sekurang-kurangnya hubungan kita boleh membantu menjadi asbab amal jariah kita berterusan walau kita sudah berada di alam lain, barzakh.

Sekian, jumpa di entri lain.


Hazza Min Fadli Rabbi. Alhamdulillah.Astaghfirullah.
Noor Raihana Ali
Noodle Maker | Homeopathy Taker | Cat Lover | Wishing for Heaven ever




No comments:

Powered by Blogger.