18 KEGUNAAN UNIK TEPUNG SELAIN MEMBUAT KEK DAN KUIH

00:12
Gandum.
Andakah anda masih ingat semasa zaman sekolah rendah dahulu, mereka yang di dalam lingkungan umur 45 ke bawah pada tahun 2018 pasti terkenang-kenang waktu mata pelajaran pendidikan seni . Apa agaknya yang kita nak belajar minggu ini di dalam subjek itu. Cikgu akan berpesan kepada anak murid untuk menyediakan peralatan yang diperlukan untuk subjek tersebut, seminggu lebih awal supaya memudahkan anak muridnya mencari bahan-bahan tersebut. Iyalah, hendaknya cikgu mahu mengajar buat layang-layang dari buluh. Jika tidak di cari kat mana pokok buluhnya sudah pasti , daun buluh pun tak jumpa. Salah satu aktiviti semasa pendidikan seni ini adalah untuk membuat bentuk dari menggunakan surat khabar lama dan gam buatan sendiri . Gam buatan sendiri? Iye, gam kita boleh buat sendiri, baca selanjutnya di no. 1.

1.       Bahan pelekat mudah

Salah satu yang diajar oleh cikgu pada masa itu adalah membuat rekabentuk dari suratkhabar seperti buat bentuk bola ke, buat bentuk bakul ke, buat bentuk beg tangan ke, atau apa sahaja yang boleh dibentuk menggunakan suratkhabar. Caranya adalah dengan menggunakan gam kanji atau  tepung. Adunan tepung/kanji , air dan gula boleh dijadikan bahan pelekat untuk membentuk objek yang kita bercadang ingin buat. Saya melihat senior-senior membuat rekabentuk pelbagai rupa, kagum saya pada masa itu, dan saya berfikir, macam mana lah nak buatnya, susah tak? Tapi saya tidak ingat saya sama ada saya ada membuatnya atau tidak. Yang pasti saya melihat hasil kerja kakak dan abang senior tersebut. Kagum! Menggunakan tepung anda boleh gunakan sebagai bahan pelekat sementara, tapi ianya tidak boleh bertahan lama, ia juga merupakan cara kreatif bagi menjimatkan gam anak anda. (“,)

2.      Bahan pemekat

Mee sup.
Tepung juga ada digunakan sebagai agen untuk memekatkan sos dan juga sup. Contohnya tepung jagung. Tepung gandum mencapai tahap pemekatan tertinggi pada 100 darjah Celcius. (212 F)

Pernah saya diberitahu, jika ingin memekatkan sup, sup kambing ke, sup daging, boleh letak tepung. Tetapi saya belum mencuba lagi kerana saya lebih memilih sup yang asli rasanya tanpa tepung. Sememangnya, sup yang pekat sedap dan enak rasanya.



3. Elakkan dari  melekat

Tepung di tabur di atas loyang, sebelum kek atau biskut dibakar bagi mengelakkan dari melekat apabila sudah masak. Tepung digaulkan bersama pasta atau mee supaya tidak melekat di antara satu sama lain sebelum di masak. 

4. Boleh hilangkan hanyir

Orang-orang tua pesan, kalau nak hilangkan hanyir pada ikan , gaulkan dengan  tepung ikan tersebut. Setelah itu kita boleh letakkan tepung dan ramaskan tepung pada tangan kita bagi mengelakkan bau hanyir melekat pada tangan.

5.       Bahan mainan untuk kanak-kanak

a.     Play dough, mengikut sumber networx.com, bancuhan 2 cawan tepung , 2 cawan air suam, 1 cawan garam dan 2 sudu besar minyak sayuran menjadikan ia sebagai adunan mainan seperti main play dough. Jika anda mahukan lebih elastik, campurkan sedikit 1 sudu kecil krim tar tar kepada adunan tepung tadi. Dan jika mahukan kelihatan lebih menarik pada pandangan anak-anak, boleh gunakan pewarna makanan untuk dicampurkan di dalam adunan tersebut.

b.      Bentukkan seperti permainan tanah liat
Campuran 3 cawan tepung, dengan 1 cawan air , ¼ cawan garam,  1 – 2 sudu kecil minyak sayuran.  Beberapa titis bahan pewarna makanan, uli sehingga sebati dan bentukkan dia kepada bentuk yang anak-anak suka. Bakar adunan tadi di dalam ketuhar pada suhu 250 darjah untuk mengeraskannya.

c.       Tepung awan.

Uik! Apo bondo? Relaks, ini juga adalah campuran tepung sebanyak 8 cawan beserta 1 cawan baby oil. Hasilnya adalah seperti tepung yang berderai tapi ianya boleh dikepal-kepal dan dibentuk. Sangat lembut untuk dibentuk, dileraikan tetapi ibu atau penjaga harus memastikan anak-anak tidak memasukkannya ke dalam mulut mereka pula.

d.      Sukaneka permainan tepung

Acara menarik bermain dengan tepung di mana peserta mencari sesuatu barang di dalam tepung. Peserta perlu meniup atau menggunakan apa cara sahaja untuk mendapatkan barang yang telah disembunyikan di bawah tepung tersebut untuk dibawa ke garisan penamat. Salah satu kemeriahan acara sukaneka ini adalah, hilai tawa dan sorakan orang disekeliling, dek tepung yang  terlekat atau tertepek di bahagian muka, kelakau bebeno rupanya orang itu. Nasiblah badan. Hehehe. Permainan ini juga boleh dimainkan oleh orang dewasa.


6.       Bersihkan daun terup atau kad-kad permainan yang berlapuk dan berhabuk dengan tepung.

Masukkan kad-kad yang berlapuk dan berhabuk itu kedalam sebuah beg plastik yang kering, masukkan tepung serta goncang, dan goncang sehingga keseluruhan kad terkena dengan serbuk-serbuk tepung tadi. Keluarkan kad-kad tadi dan bersihkan dengan tuala bersih untuk setiap kad. Nak cuba dengan benda-benda lain yang berminyak hasil dipegang oleh tangan-tangan. Lakukan seperti tadi, dan setelah keluarkan barang tersebut, lap dengan kain
sebersih-bersihya.

7.      Bahan pencegah & kawalan serangga semulajadi.

a.       Semut
Cuba ada taburkan tepung dengan membuat satu barisan di kawasan semut keluar masuk. Semut tidak akan melewati barisan taburan tepung tadi.

b.      Belalang
Taburkan juga tepung di kebun tanaman anda, belalang yang suka memakan daun akan beredar pergi membawa diri.

8.       Dalam tanaman labu dan kentang, anda boleh taburkan tepung ke atas kawasan yang ditanam tersebut, lihatlah hasil tanamannya nanti. Lumayan! 


Pokok kentang.
9.       Pengilat ekonomi

   a.  Bila anda taburkan tepung ke atas sinki kering, dan bersihkan dengan kain, hasilnya bergermelapan kilat. Juga sangat sesuai untuk alatan masakan yang diperbuat dari besi, anda untuk kelihatan berkilat lip lap lip lap. Tak perlulah hantar pergi celup kilat ye. Guna tepung sudah , sangat ekonomi.

   b.  Sangat berguna untuk alatan yang diperbuat dari tembaga. Sudah tentu menggunakan tepung juga, hasilnya berkilat, menyilau mata anda. Pada bahagian ini, memerlukan percampuran tepung, garam dan cuka putih untuk dilekatkan pada bahagian tembaganya. Setelah itu bersihkan menggunakan kain lap. Tadaaa, hasilnya sebuah tembaga yang berkilauan.





10.   Baju kelihatan tegang

Biasanya tepung beras digunakan bersama air untuk mendapatkan hasil fabrik yang keras, tegang pada pakaian.

11.   Serum jerawat semulajadi.

Dengan menggunakan campuran tepung beras dan air, sapukan bancuhan tersebut ke atas jerawat. Madu juga boleh digunakan untuk campuran ini supaya muka anda kelihatan manis sentiasa.

12.   Syampu kering

Jika mahukan kelainan syampu, anda boleh gunakan syampu tepung secara di taburkan pada rambut, biar seketika dan kibas rambut anda. Syampu ini berfungsi untuk memerangkap minyak berlebihan yang berada pada rambut.

13.   Masker tepung

Campuran 2 sudu besar tepung, 1 sudu kecil serbuk kunyit, 3 – 4 yogurt , kacau dan tepek ke muka. Rasakan perbezaannya setelah itu. Boleh juga menggunakan tepung beras dan campuran air sahaja. Macam pakai bedak sejuk tu.

14.   Mempercepatkan proses masak Avocado.

Di dalam onegoodthingbyjillee.com, ada menyebutkan yang dalam masa 24 jam setelah anda peram atau simpan avocado di dalam tepung, avocado yang mentah dipercepatkan proses masaknya. 

15.   Bersihkan tumpahan minyak

Pernah terkena kuah kari pada tudung? Aduhai, sebak dada melihat tompokan kari pada tudung Ariani tew. Stress dibuatnya. Jangan risau cuba guna petua ini. Hanya letakkan bedak pada bahagian tompokan kari, dan tunggu sekejap untuk biarkan bedak tadi meresap minyak, selepas itu basuh dengan sabun. Sama juga fungsi tepung, anda boleh taburkan tepung di bahagian tompokan kari tersebut dan lihat keajaibannya.

Maka, tidak perlu risau jika kain sutera anda terkena tompokan minyak, setelah anda tahu cara mengatasinya.

16.   Bersihkan kepah

Ambil tepung taburkan atas kepah, kerja pembersihan akan lebih mudah dan  bersih. Saya tidak pasti bolehkah ia digunakan kepada sumber kerang-kerangan laut yang lain seperti siput sedut, lala dan sebagainya. Mungkin anda boleh cuba ke atas sumber hidupan laut yang lain.

17.   Longgarkan penutup yang ketat.

Bagi penutup botol yang susah sangat membukanya, cuba buka dahulu. Kemudian setelah berjaya di buka, oleskan tepung ke dalam penutup yang ketat tadi. Hasilnya, penutup botol menjadi lebih mudah di buka kemudian hari.

18.   Digunakan di dalam peribahasa untuk :

       a.       bahasa Melayu.
                   “Seperti menghela rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.”
                  Bermaksud, bersikap bijaksana di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Manakala apabila               menghukum   hendaklah dengan seadil- adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berasa puas.

b            b.    bahasa arab.
                    اﻻدبﮐﺎﻟﺪﻗﻴﻖﻭاﻟﻌﻠﻢﻛﺎﻟﻤﻠﺢ
                        “Adab itu bagaikan tepung, ilmu itu bagaikan garam.”
                   Untuk buat ROTI tepung perlukan kuantiti yang banyak, manakala garam sedikit sahaja.                      Begitu jugalah manusia, ADAB itu lebih penting dari ILMU.
    

      Selain menjadi bahan utama di dalam membuat kek, biskut, kuih dan mee, rupa-rupanya, banyak juga manfaat tepung di dalam kehidupan kita. Lepas ni bolehlah mencuba salah satu kegunaan di atas sama ada untuk bermain bersama anak-anak atau tujuan kecantikan. Untuk saya, ada beberapa sahaja kegunaan sudah saya mulakan, belum berkesempatan mengeksperimen diri untuk melakukannya.

Acara untuk sukaneka main tepung tu, sudah pernah saya lalui bersama adik-adik ketika bermain zaman dahulu. Seronok giler! Time tu, budak-budak lagi memang tak hingat rasa kesusahan, keperitan hidup, yang ingat nak main aje kerjanya.

Ok, insyaAllah jumpa lagi dientri yang lain, saya harap bermanfaatlah kiranya perkongsian tepung serba guna di atas.

Salam menepung!

Hazza Min Fadli Rabbi. Alhamdulillah.Astaghfirullah.

Oleh Noor Raihana Ali
Noodle Maker | Homeopathy Taker | Cat Lover | Wishing for Heaven ever


No comments:

Powered by Blogger.